Rakyat muak SOP dwistandard, tidak adil - Utusan Malaysia

Rakyat muak SOP dwistandard, tidak adil

KEMENTERIAN Kesihatan perlu bertindak telus dan adil apabila melibatkan undang-undang berkaitan kesihatan dan nyawa orang awam.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, 

BARU-BARU ini tular status vaksinasi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Walaupun dikatakan tidak benar, namun ia menyebabkan ketelusan dan integeriti selaku seorang penjawat awam mula dipertikaikan. Malah ramai sudah hilang keyakinan untuk menerima pengumuman atau keputusan berkaitan masalah kesihatan rakyat.

Terdapat banyak perkara menimbulkan keraguan rakyat terhadap laporan yang disampaikan Khairy kerana didapati kerap kali berubah serta mengambil dan membuat keputusan tergesa-gesa terutama berkaitan dos penggalak sedangkan sebahagian pakar epidemologi mengatakan Covid-19 adalah bersifat selesema biasa.

Malah, Noor Hisham mendakwa individu yang tidak bergejala boleh menyebarkan virus sedangkan tiada sebarang bukti konkrit untuk mengatakan mereka tidak bergejala adalah pembawa virus. Malah hal demikian turut diakui pakar penyakit berjangkit di Amerika Syarikat (AS), Dr. Anthony Fauci yang menyatakan penularan dalam kalangan individu tanpa bergejala amat jarang berlaku.

Apabila sudah melebihi kadar imuniti kelompok, mengapa rakyat masih diikat dengan prosedur operasi standard (SOP) tetapi golongan kayangan pula terlepas daripada undang-undang ini?

Jadi, tidak adil bagi rakyat apabila dimomokkan dengan berita-berita yang menakutkan sedangkan dipercayai hampir 97 peratus mereka yang positif Covid-19 boleh sembuh sendiri.

Justeru, kami amat kesal dengan apa yang telah berlaku dan berharap Menteri Kesihatan termasuk kementeriannya melaporkan maklumat secara telus dan usahlah memainkan perasaan atau cuba memperjudikan nyawa rakyat yang telah lama sengsara dan terkesan kerana terikat dengan SOP yang dwistandard.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya