Pasti ada hikmah selepas banjir - Utusan Malaysia

Pasti ada hikmah selepas banjir

DI SEBALIK banjir besar yang berlaku baru-baru ini pastinya mengandungi hikmah yang indah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terpanggil untuk mengulas punca banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini. Untuk pengetahuan umum, banjir besar pernah berlaku di negeri kelahiran saya, iaitu Pahang pada 1926.  Baru-baru ini, ia berlaku kembali selepas hampir 100 tahun. 

Menurut bapa yang ketika itu berusia empat tahun, semua ahli keluarga terpaksa menyelamatkan diri dengan duduk di atas rakit sepanjang hari.  Ketika itu berpuluh ekor kerbau mati lemas. Bapa juga menceritakan,  mereka terpaksa makan nasi berlaukkan pucuk daun pokok getah. Situasi ketika itu sangat menyedihkan.

Jadi, kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini perlu dilihat secara positif kerana ia berlaku dengan kehendak Allah SWT sekalipun tiada pencemaran alam sekitar atau kerosakan hutan. Sudah pasti ada hikmahnya. 

Kejadian yang berlaku wajar dilihat sebagai satu peringatan Allah SWT bahawa hanya Dia yang berkuasa mendatangkan sesuatu azab atau nikmat kepada hamba-Nya. Jadi, persepsi sesuatu ujian berlaku kerana musibah  perlu diperbetulkan.

Dengan itu, kita terutama umat Islam seharusnya berfikir secara mendalam tentang bagaimana untuk mendapat perlindungan daripada Allah SWT supaya perjalanan hidup lebih diberkati dan dirahmati-Nya. 

Allah SWT memberikan pelbagai bentuk kemudahan dan kesenangan hidup tetapi adakah kita benar-benar bersyukur terhadap apa jua yang telah dinikmati selama ini? Tepuk dada, tanya iman.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya