Mampukah SPRM berfungsi di bawah Parlimen? - Utusan Malaysia

Mampukah SPRM berfungsi di bawah Parlimen?

SPRM akan mencadangkan pertuduhan terhadap beberapa individu selepas siasatan mendapati terdapat ‘arahan’ projek Jana Wibawa diberikan secara tender terus kepada kontraktor dan syarikat tertentu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AMAT menarik isu cadangan untuk meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Parlimen menjadi sebuah suruhanjaya bebas di bawah Yang di-Pertuan Agong. Sebenarnya jika dilakukan akan menyebabkan pertindihan tugas dengan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC). Malah ia boleh menurunkan darjat kuasa SPRM. 

Bayangkan jika SPRM diletakkan di bawah Parlimen, apakah yang bakal berlaku jika kerajaan Pusat adalah parti pemerintah yang sama dengan parti pemerintah kerajaan negeri? Mampukah SPRM melaksanakan amanah tugasnya secara profesional tanpa dipengaruhi ahli-ahli Parlimen parti pemerintah?

Isunya juga terarah kepada kemampuan SPRM memperoleh maklumat dan memantau pelaksanaan peruntukan tanpa campur tangan daripada kerajaan negeri mahupun ahli Parlimen daripada parti pembangkang.

Bukan mudah SPRM bertindak bebas apabila diletakkan di bawah Parlimen, malahan keputusan yang dibuat akan melibatkan undian ahli Parlimen. 

Begitu juga pelantikan anggota atau barisan kepimpinan SPRM mampu dipengaruhi oleh blok-blok tertentu. Ini menyukarkan sikap berkecuali dan integriti kerana perlu akur dan tunduk kepada kuasa Parlimen.

Apa yang paling utama ialah memperkasakan kuasa-kuasa yang ada pada PAC dalam melaksanakan tugas audit ke atas setiap agensi kerajaan. Perluasan kuasa audit juga perlu melibatkan keseluruhan pentadbiran dan urus tadbir bukan sahaja kerajaan Pusat tetapi kerajaan negeri sehinggalah kerajaan tempatan. 

Pada masa sama, PAC harus diberi kuasa semak dan imbang dalam audit kewangan kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

Adakah melalui cara ini membolehkan SPRM mempunyai kuasa untuk menyelesaikan permasalahan pembiayaan parti politik dan peruntukan perbelanjaan untuk ahli Parlimen daripada bajet tahunan? Seperti diketahui umum, mana-mana parti politik ada kalanya mendapat dana pembiayaan sama ada daripada pihak tempatan mahupun luar untuk tujuan kepentingan politik kepartian. Mampukah SPRM menyiasat perkara tersebut secara bersih tanpa campur tangan ahli Parlimen?

Ada kalanya timbul isu apabila peruntukan kewangan bajet awam yang diberikan digunakan untuk meraikan sokongan ke atas parti, bukannya demi kepentingan awam. Ini menimbulkan soal nepotisme, kronisme dan sebagainya. Mampukah SPRM diberikan kuasa untuk menyiasat salah laku penggunaan peruntukan itu?

Jika tetap diteruskan, SPRM yang ditubuhkan untuk bertindak lebih efektif dan berkesan hanya tinggal janji. Bukan mudah untuk SPRM bertindak apabila kuasanya dikawal oleh Parlimen. Lebih baik diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong, cuma pemerkasaan perlu dipertingkatkan melalui cadangan dan syor daripada Parlimen

ISKANDAR HASAN TAN ABDULLAH, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya