fbpx

3 Disember 2021, 4:03 pm

  TERKINI

Pantai peranginan di Kuantan suram

DENGAN menaik taraf jalan raya menuju ke pantai-pantai di Kuantan akan membantu meningkatkan lagi jumlah pelancong ke negeri itu.- GAMBAR HIASAN/​​SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PANTAI Batu Hitam dan Pantai Balok di Kuantan, Pahang merupakan lokasi pelancongan rekreasi terkenal sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. 

Baru-baru ini saya berkunjung selepas hampir dua tahun tidak ke situ.Terdapat banyak perubahan seperti adanya hotel baharu yang besar dan cantik selain terdapat chalet yang  di naik taraf dan di baik pulih dengan jenama dan wajah baharu. 

Namun, ada sesuatu yang pada pandangan saya masih terkebelakang dan menyebabkan imej kawasan pelancongan berkenaan agak suram,  iaitu keadaan jalan raya dari Kampung Berserah hingga sempadan simpang pelabuhan.

Jalan sepanjang kira-kira 10 kilometer itu masih sama keadaannya seperti dahulu. Masih lagi selorong, sehala dan dipenuhi semak samun. Ia langsung tidak menggambarkan imejnya sebagai kawasan tumpuan pelancong.

Sudah tiba masanya ia dinaik taraf ke jalan dua lorong tapi masih lagi kekalkan sehala (Jalan Empat Lorong) dengan dipasang lebih banyak lampu jalan, tempat letak kenderaan, gerai makan lebih tersusun, jejantas  pejalan kaki, tanda arah lebih jelas dan tanda arah berlampu supaya mudah kelihatan pada waktu malam selain kelihatan cantik.

TEROPONG DO RE MI, Setapak, Kuala Lumpur 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN