Rintihan bekas peserta Felcra - Utusan Malaysia

Rintihan bekas peserta Felcra

SEKIRANYA isu penyelewengan tidak selesaikan, ia boleh memberi kesan kepada peserta dan ekonomi negara. -GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERTAMA sekali, tujuan penulisan ini bukanlah untuk melawan kerajaan dan tiada niat untuk mengganggu keharmonian, namun hanya luahan hati  penduduk kampung.

Untuk makluman, beberapa surat telah diutuskan sejak pentadbiran Perdana Menteri kelapan atas nama Kumpulan Sepakat Jaya, iaitu satu kumpulan bekas peserta Felcra Changkat Lada, Seberang Perak yang disertai oleh 65 orang penduduk kampung. Kami mengusahakan ladang sawit persendirian yang menyumbang sebanyak dua per lima komoditi utama negara.

Namun, amat kesal apabila permohonan untuk bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan beberapa masalah yang dihadapi industri ini seolah-olah tidak dilayan.

Sebelum ini, beliau telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) dengan objektif Keluarga Malaysia komoditi Makmur, Inklusif, Mampan. Namun, di mana inklusifnya jika masalah yang ingin disampaikan tidak dipeduli, bahkan surat kami untuk bertemu juga sehingga kini tiada jawapan.

Antara surat yang ditulis kepada  kepada kedua-dua Perdana Menteri ini adalah mengenai permohonan bayaran bantuan sekali beri sebanyak RM1,000 kepada peserta yang telah keluar dari Felcra dan mengusahakan sendirian tanaman padi dan sawit serta permohonan bayaran balik semua peruntukan oleh kerajaan kepada peserta tetapi masih belum dilunaskan sepenuhnya oleh pengurusan Felcra seperti Insentif Peningkatan Hasil (Iph) yang masih tertunggak sejak 2008.

Selain itu, kami mempunyai bukti-bukti penyelewengan seperti adanya peserta mempunyai geran tanah tetapi tanah itu tidak wujud. Ada pula  yang tidak mempunyai geran dan tidak mempunyai tanah secara fizikal sedangkan setiap peserta dikurniakan tiga ekar sawah bendang dan  tanaman sawit. Ada yang tanahnya dijadikan laluan jalan raya berturap tetapi tidak dibayar sebarang pampasan dan tidak digantikan dengan tanah  lain dan sebagainya.

Disebabkan kes penyelewengan ini masih tiada penyelesaian, kami juga telah majukan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Perak .

Baru-baru ini, kerajaan memansuhkan segala hutang milik peneroka Felda di seluruh negara. Namun untuk kami, sewaktu menjadi peserta Felcra  perlu membayar RM14,000 kepada pengurusan.

ALI HASAN, Pengerusi Penaja  Pertubuhan Pengusaha Sawit & Padi Perak Tengah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya