fbpx

6 Disember 2021, 1:56 pm

Perketat SOP PRN Melaka

KERAJAAN perlu memperketatkan SOP sepanjang tempoh kempen dan pengundian PRN Melaka. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAKYAT di Melaka kecewa dengan pergolakan politik di negeri itu sehingga terpaksa diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bagaimanapun, ini adalah cabaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan dan beberapa agensi lain untuk memastikan pilihan raya dapat diadakan dengan selamat.

Saya ingin mencadangkan kepada semua agensi kerajaan bahawa pada hari mengundi nanti bolehlah sekiranya dibuat lebih dari sehari bagi mengurangkan jumlah pengundi dalam satu-satu masa.

Ini sekali gus dapat mengelak jangkitan Covid-19. Walaupun kerajaan sudah membenarkan rentas negeri di seluruh negara, namun diharapkan aktiviti rentas negeri di Melaka ditangguhkan terlebih dahulu selain memperketatkan sekatan jalan raya di negeri berkenaan.

Saya juga penyokong cadangan untuk tidak membenarkan ahli parti yang di luar Melaka masuk ke negeri itu sepanjang tempoh kempen PRN, sebaliknya memberi kelonggaran kepada mereka yang layak mengundi untuk rentas negeri ke Melaka.

AZIZIM, Bedford Cluny Estate, Slim River, Perak.

POPULAR

KOSMO! TERKINI