fbpx

8 Disember 2021, 11:54 am

  TERKINI

Penting pegawai PR tahu buat kerja

PERANAN pegawai perhubungan awam yang baik akan memudahkan tugas media media menyalurkan maklumat kepada rakyat. -GAMBAR HIASAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KOMUNIKASI merupakan ilmu tertua yang tidak dapat dipisahkan  dalam kehidupan manusia. Dalam sesebuah kementerian, jabatan atau agensi awam, komunikasi dilakukan melalui interaksi antara organisasi dan orang awam. 

Jabatan Penerangan memainkan peranan untuk mewujudkan komunikasi secara berkesan. Dianggarkan sebanyak 500 lebih warga Jabatan Penerangan yang berkhidmat.

Antara berikut beberapa perkara yang boleh difokuskan oleh pegawai perhubungan awam (PR) sektor dalam memantap penyampaian perkhidmatan mereka:

  1. Penulisan: Mereka bukan sahaja dapat menghasilkan penulisan korporat yang baik tetapi mengetahui dengan tepat kata-kata, istilah yang digunakan. Ini kerana mereka terlibat dalam semua jenis penulisan seperti memo, blog, siaran akhbar, teks ucapan kertas putih dan kemas kini media sosial.
  2. Penyelidikan: Mengetahui bagaimana mencari maklumat untuk membangunkan rancangan yang mantap dan dinamik.
  3. Penguasaan teknologi: Mereka juga perlu kuasai media web seperti penyuntingan foto dan video. Ini kerana sistem pengurusan kandungan dan program grafik adalah penting apabila membuat persembahan, kandungan video dan potongan cagaran.
  4. Integriti: Perhatikan butiran dan ralat atau salah faham. Ingat, itu adalah reputasi peribadi pada baris serta pelanggan kementerian. Dengan mengekalkan etika dan jujur dalam semua urusan, kerjaya PR  lebih berwibawa dan berjaya.

Sememangnya peranan pegawai PR sedia ada sangat penting untuk mendominasi perkhidmatan bagi memasarkan maklumat kepada rakyat melalui pelbagai medium komunikasi secara terancang dan teratur yang memerlukan sokongan semua pihak sama ada di peringkat kementerian, jabatan serta agensi tempat mereka bertugas.

YOSRI ABU MAHSIN, Putrajaya 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI