Laksana program kerahan tenaga - Utusan Malaysia

Laksana program kerahan tenaga

– GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 1964, kerajaan mewujudkan Jabatan Kerahan Tenaga Rakyat yang berperanan mengerahkan belia untuk mempertahankan Malaysia susulan konfrontasi dilancarkan oleh Indonesia.

Cadangan saya, kaedah mirip kerahan tenaga boleh dilaksanakan sekarang kerana negara sedang menghadapi ‘musuh’ pandemik Covid-19.

Bukan untuk pergi berperang sebaliknya bagi membina infrastruktur awam seperti jalan raya, landasan kereta api, rumah mampu milik dan projek tebatan banjir.

Daripada menghantar pendatang asing tanpa asing (PATI) ke depoh tahanan imigresen di mana kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi, lebih baik mereka dihantar menyertai kerahan tenaga.

Individu lain termasuk mat rempit, penagih dadah, ahli kongsi gelap dan banduan yang telah dihukum dengan pelbagai kesalahan.

Kerahkan juga graduan menganggur sebagai pengurus projek yang jumlah mereka agak ramai sekarang.

Dicadangkan kor jurutera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguruskan projek pembinaan terbabit dengan menggunakan bahan binaan tempatan sepenuhnya.

Boleh juga dapatkan bantuan minimum daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi dan syarikat milik kerajaan (GLC) lain yang berkaitan.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan ATM boleh ditugaskan untuk mengawal pembinaan tersebut memandangkan ada dalam kalangan peserta kerahan tenaga terbabit ialah banduan yang sedang menjalani hukuman.

Saya yakin jika cadangan ini dilaksanakan, anggota tentera dan polis dapat menimba pengalaman baharu manakala pusat pemulihan dadah dan depoh tahanan imigresen boleh ditutup.

Para graduan menganggur dapat menimba pengalaman dan kerajaan tidak perlu memperuntukkan dana besar untuk membina infrastruktur awam.

Kerajaan perlu membuat pindaan terhadap akta-akta berkaitan agar kerahan tenaga ini dapat dijalankan mengikut lunas undang-undang.

ABDULLAH HANIF, Taman Meru, Ipoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya