fbpx

25 Oktober 2021, 5:44 am

  TERKINI

Barat iktiraf ketokohan Rasulullah SAW

LAZIMNYA umat Islam di Malaysia menyambut Maulidur Rasul dengan mengadakan perarakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TANGGAL 12 Rabiulawal (19 Oktober) ini adalah tarikh penting dalam catatan sejarah umat Islam dengan kelahiran Rasulullah SAW yang merupakan rahmat kepada seluruh alam semesta.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang insan yang hebat dan keunggulan keperibadian baginda tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain.

Michael H. Hart seorang penulis dan pengkaji dari Barat turut memperakui kehebatan dan ketokohan Nabi SAW dalam karyanya 100 Most Influential People In The World dengan menobatkan baginda sebagai orang paling berpengaruh di dunia dan menjadi pemimpin agung sepanjang zaman.

Terdapat beberapa cara yang dianjurkan oleh Islam dalam menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian.

Pertama, mencintai Nabi SAW melebihi diri sendiri dan manusia lain sama ada ibu bapa, isteri, suami, anak dan kawan.

Kedua, mengamalkan sunah baginda yang boleh dipelajari daripada hadis sahih serta kisah hidup Nabi SAW.

Justeru, marilah melakukan perubahan dengan menjadikan baginda sebagai contoh. Seterusnya menjunjung sunah Nabi SAW sebagai bukti perhambaan yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT.

Ketiga, memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW. Selawat tidak wajar hanya dizahirkan pada sambutan kelahiran baginda tetapi seharusnya dilakukan secara berterusan sehingga menjadi rutin dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya, meraikan Maulidur Rasul sempena memperingati kelahiran utusan Allah SWT yang menjadi rahmat kepada sekalian alam sewajarnya meningkatkan keazaman kita untuk membuktikan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

DR. AZRI BHARI, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN