AI boleh cetus kezaliman - Utusan Malaysia

AI boleh cetus kezaliman

PENGENALAN kecerdasan buatan (AI) dan segala teknologi berkaitan dengannya seperti robot telah mewujudkan pelbagai ancaman. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TANPA prinsip keagamaan yang membimbing, maka pencipta kecerdasan buatan (AI) dan para pembuat dasar yang menyokong teknologi itu mudah mengambil keputusan salah, justeru mencetuskan kezaliman.

Pengenalan AI dan segala teknologi berkaitan dengannya seperti automasi dan robot telah mewujudkan pelbagai ancaman yang nyata iaitu penghapusan peluang pekerjaan dan pengangguran besar-besaran pada saat berjuta-juta orang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Oleh itu, untuk mengelak ancaman itu berterusan, kelompok yang berkecimpung dalam bidang AI perlu mengikut kaedah Islam supaya ia menjadi teknologi yang menyelamatkan manusia daripada bahaya kehancuran.

Dalam al-Quran ada disebut teknologi hendaklah menjadi alat pelaksanaan kehendak Ilahi dan untuk menyelamatkan orang-orang beriman daripada bala bencana yang dahsyat.

Allah SWT menegaskan, walaupun manusia bertanggungjawab atas hasil pilihan dan kerja tangannya sendiri, tidak dapat dinafikan bahawa Tuhan yang memberi ilham kepada mereka.

Akan tetapi, terdapat golongan yang rugi daripada hasil kerja tangan mereka apabila menafikan ilham daripada Allah SWT.

Manusia sedemikian ialah individu yang kehilangan asas metafizik dan cenderung mencetuskan kezaliman apabila mereka turut serta dalam merangka polisi yang merosakkan sumber pekerjaan dan mata pencarian yang baik.

Kesimpulannya, Islam tidak menolak teknologi yang dihasilkan melalui kaedah menggunakan akal untuk merancang dan melakar strategi asalkan ia tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama.

Ia sama dengan kaedah Usul al-Fiqh (perundangan Islam) apabila kreativiti digunakan untuk mengatasi kesulitan berkaitan dengan hukum-hukum syariah terutama yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi.

MUHAMMAD HUSNI MOHD. AMIN, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.