Taska ditutup tak siapa peduli - Utusan Malaysia

Taska ditutup tak siapa peduli

KERAJAAN perlu memberi lebih banyak bantuan kewangan kepada pengusaha taska. – UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengucapkan syabas kepada Datuk Seri Rina Harun yang sekali lagi dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Setelah dilantik semula, banyak yang dibuat termasuk pada 19 September lalu, beliau mengumumkan taman asuhan kanak-kanak (taska) yang mempunyai kakitangan lengkap dua dos vaksin Covid-19 dibenarkan dibuka semula.

Setakat tarikh tersebut, sebanyak 71 peratus daripada jumlah keseluruhan 12,545 kakitangan taska telah lengkap dua dos vaksin.

Dalam pada itu, saya berharap kementerian dapat melakukan bancian jumlah taska yang terpaksa ditutup kesan daripada pandemik.

Saya difahamkan langkah mengehad bilangan kanak-kanak ke taska menyebabkan kutipan yuran yang diterima tidak mencukupi untuk menampung kos operasi termasuk bayaran gaji pekerja, sewa premis, makanan dan elektrik.

Keadaan diburukkan lagi apabila ada ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke taska kerana mereka bekerja dari rumah.

Bantuan yang diberikan oleh kerajaan juga didapati tidak mencukupi untuk membantu pengusaha taska terbabit.

Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan khas kepada pengusaha taska bagi mengurangkan bebanan kewangan mereka yang berdepan cabaran pandemik.

Kadar bayaran bantuan kewangan khas itu berjumlah RM3,000 untuk taska institusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti manakala RM800 bagi taska di rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, saya berpendapat pengumuman Rina bahawa ibu bapa perlu lengkap dua dos vaksin jika mereka mahu menghantar anak-anak ke taska tidak berasaskan kepada pengetahuan kesihatan.

Ini kerana ibu bapa yang mendapat vaksin dan tidak divaksin tetap akan menjadi penyebar virus Covid-19.

Sepatutnya yang perlu dibimbangi adalah ibu bapa yang menjadi petugas barisan hadapan kerana mereka paling berisiko menyebarkan virus kepada kanak-kanak.

AKAK XXL, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya