fbpx

16 Oktober 2021, 11:16 am

  TERKINI

Pengadil berat sebelah bolehkan JDT kekal juara?

PEMAIN dan jurulatih JDT bersorak gembira selepas menjuarai Piala Liga Super kali kelapan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.- UTUSAN/ RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PASUKAN Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dibarisi skuad terbaik kerana memiliki barisan tonggak pemain import berkualiti sememangnya kelihatan gah dan berhak dinobatkan Juara Liga Super buat kali kelapan berturut-turut. Ini merupakan satu-satunya pencapaian menakjubkan kerana bukan mudah bagi sebuah kelab atau pasukan mengekalkan  pencapaian  cemerlang.

Tahniah kepada pemain serta pengurusan dan jurulatih JDT. Namun begitu, apa yang diperhatikan setiap kali perlawanan membabitkan pasukan tersebut sama ada di tempat sendiri ataupun di tempat lawan, dapat dirasakan  sesuatu agak mencurigakan berdasarkan tindakan dan keputusan pengadil perlawanan.

Sebagai contoh,  jikalau kita mengikuti semula rakaman visual perlawanan antara JDT bertemu Penang FC pada Mei lalu di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pengadil perlawanan  melayangkan dua kad merah dengan salah satunya dikeluarkan kepada seorang pemain dan satu lagi ditujukan kepada Ketua Jurulatih Penang FC, Thomas Trucha yang turut menjadi mangsa keadaan.

Susulan tindakan pengadil yang kurang tepat serta berat sebelah  telah  mengganggu emosi pemain  sekali gus menjejaskan rentak dan tempo permainan.

Tidak dinafikan kecuaian pengadil ketika mengawal sesuatu perlawanan pastinya tidak boleh dielak. Namun, ia bukan alasan untuk pengadil bersikap adil kepada setiap pasukan tanpa  mengira perbezaan darjat pasukan. Contohnya JDT yang dilabelkan sebagai kelab elit.

Oleh hal demikian, kebijaksanaan pengadil ketika mengendalikan perlawanan amatlah dituntut bagi mengelakkan berlakunya sebarang ketegangan di padang dan tidak sepatutnya menjadi punca  pertikaian dalam kalangan pemain serta pegawai pasukan dalam kejohanan berprestij dan profesional.

Justeru, kita percaya dan yakin pasukan atau kelab lain  seperti KDA FC dan Penang FC mampu untuk memintas kedudukan pasukan handal JDT sekiranya corak mutu pengadilan dapat diatasi serta ditingkatkan lagi tanpa sebarang prejudis yang kerap memihak pasukan JDT.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN