fbpx

6 Disember 2021, 1:58 pm

Batal projek gagal siap ikut jadual

PENDUDUK Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Negeri Sembilan terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan masalah keselamatan penduduk. – GOOGLE STREET VIEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA ketika ini, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 ‘diganggu’ oleh deruman lori mengangkut tanah untuk projek tambahan unit perumahan baharu di fasa sama. Taman perumahan kami telah siap sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, pemaju membuat keputusan untuk membangunkan sebahagian tanah yang berbaki dalam beberapa hektar bagi membina kira-kira 15 rumah berkembar. Projek baharu ini akan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk siap.

Kami berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dapat mengambil tindakan jangka pendek termasuk memantau pergerakan kenderaan berat supaya jalan raya, kabel elektrik serta telefon tidak rosak dan kotor.

Dalam pada itu, bagi mengelak kes sama berlaku di taman perumahan lain dalam jangka masa panjang, pertama, PBT disarankan mengehadkan tempoh pemajuan projek perumahan.

Sekiranya pemaju gagal melaksanakan keseluruhan projek dalam tempoh ditetapkan, secara automatik tanah yang masih kosong menjadi kawasan kemudahan awam yang dimiliki oleh komuniti atau PBT.

Kedua, diperkasakan akta sedia ada supaya PBT atau pihak berkuasa lain boleh mengambil alih tanah yang tidak dibangunkan dalam tempoh ditetapkan.

Ketiga, memperkenalkan syarat minimum keluasan tanah yang boleh dibangunkan oleh pemaju dan sekiranya baki yang tinggal tidak memenuhi syarat itu, ia hendaklah diserahkan kepada PBT.

WARGA TTJ, Senawang, Negeri Sembilan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI