fbpx

Kesal penyebaran video palsu dalam YouTube

TERDAPAT kira-kira 100 video palsu dalam YouTube memaparkan mentol lampu yang boleh dinyalakan dengan hanya menggunakan magnet.

SAUDARA PENGARANG,

PADA 1 Ogos lalu, platform perkongsian video, YouTube mengumumkan pihaknya menggantung Sky News Australia daripada memuat naik kandungan baharu selama seminggu atas kebimbangan menyebarkan maklumat salah berkenaan Covid-19.

Langkah itu diambil selepas meneliti kandungan yang dimuat naik oleh saluran televisyen milik jutawan media, Rupert Murdoch itu yang mempersoal keberkesanan vaksin.

Kandungan terakhir yang dimuat naik dalam YouTube oleh saluran televisyen itu sebelum digantung, menampilkan seorang pengacara mengkritik perintah berkurung di Australia yang dianggap gagal.

Berdasarkan peraturan YouTube, jika kesalahan sama diulang tiga kali dalam tempoh 90 hari, pihaknya akan mengenakan penggantungan secara kekal.

Bagi saya, langkah YouTube itu adalah baik bagi mengelak penyebaran maklumat palsu, cuma saya mendapati ada video yang terlepas daripada tapisan pihak terbabit.

Misalnya terdapat kira-kira 100 video palsu kaedah menghasilkan tenaga elektrik secara percuma dengan menggunakan magnet yang masih boleh ditonton sehingga mengelirukan orang ramai.

Diharapkan pihak pengendali YouTube dapat menyemak ruangan komen video terbabit yang mengadu eksperimen yang dicuba mereka sendiri mengesahkan kaedah yang ditunjukkan bagi menyala mentol adalah palsu.

USTAZ MUDA, Kuala Lumpur.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!