Mansuh perkhidmatan teksi motosikal - Utusan Malaysia

Mansuh perkhidmatan teksi motosikal

DEGO Ride adalah antara perkhidmatan teksi motosikal yang terdapat di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERKHIDMATAN teksi motosikal yang masih agak baharu di negara ini perlu dikaji semula atas faktor keselamatan penumpang memandangkan statistik kemalangan jalan raya melibatkan motosikal agak tinggi di Malaysia.

Mengikut rekod Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 91 kes kemalangan melibatkan perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal (p-hailing) sepanjang 2020.

Daripada jumlah itu, sebanyak 17 kes adalah membabitkan kematian. Satu peningkatan yang agak ketara berbanding pada 2019 yang hanya merekodkan satu kes kematian.

Hari ini semakin ramai anak muda bekerja secara sepenuh masa atau secara sambilan sebagai penunggang p-hailing. Berbanding p-hailing yang menghantar makanan dan barangan, penunggang teksi motosikal pula membawa pembonceng yang melanggan aplikasi berkenaan.

Dibimbangi perkhidmatan teksi motosikal akan lebih terdedah dengan risiko kemalangan jika penunggang mengabaikan aspek keselamatan demi mengejar trip.

Imbas kembali pada 2017, penggunaan motosikal sebagai mod pengangkutan awam pernah diharamkan oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan selain melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Walaupun diakui perkhidmatan ini menawarkan peluang kepada pemilik motosikal menjana pendapatan, tetapi mereka masih boleh mencari rezeki dalam cabang ekonomi gig yang lain seperti p-hailing.

M. FAISAL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya