fbpx

19 Mei 2021, 8:51 am

  TERKINI

Kekal sihat di bulan puasa

TIDAK salah membeli makanan di bazar Ramadan namun amalkan kesederhanaan ketika membeli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMUA sedia maklum, berpuasa bukan sahaja satu amalan yang dituntut oleh agama, namun ia juga banyak memberi manfaat dari segi kesihatan.

Pada bulan yang mulia ini, rancanglah pemakanan seharian. Buat catatan tentang makanan apa yang akan dimakan ketika berbuka atau bersahur.

Memang ramai yang tidak sempat memasak untuk berbuka lantaran kesibukan di tempat kerja. Jadi, tidak salah membeli makanan di bazar Ramadan namun amalkan kesederhanaan ketika membeli.

Tidak perlu juga menukar rutin amalan pemakanan seharian. Perubahan mendadak kepada rutin pemakanan seharian boleh mengakibatkan masalah penghadaman seperti sembelit dan gastrik.

Pelbagai petua mengenai amalan pemakanan ketika berpuasa telah dikongsi dalam laman media sosial. Kebanyakannya menyarankan supaya memilih makanan yang seimbang dan bernutrien ketika berbuka atau bersahur.

Ada yang menyarankan supaya mengurangkan makan nasi dan ubi yang mengandungi karbohidrat.

Langkah itu dapat membantu umat Islam menurunkan berat badan, sekali gus dapat mengawal diabetes, tekanan darah tinggi, strok dan sakit berkaitan kardiovaskular.

Semoga pada Ramadan kali ini kita akan lebih memahami erti puasa dan mendapat keberkatan daripadanya.

AZLINA JUMADI
UiTM Cawangan Johor, Segamat