Bonus raya RM500 tidak memadai - Utusan Malaysia

Bonus raya RM500 tidak memadai

ADALAH agak tidak seimbang kalau penjawat awam di peringkat negeri mendapat RM1,000 tetapi peringkat Persekutuan hanya mendapat RM500. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGUMUMAN kerajaan Pusat untuk memberikan bantuan kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sudah tentu mengembirakan penjawat awam.

Bayaran sebanyak RM500 diberikan kepada kakitangan yang sedang berkhidmat dan RM250 untuk pesara kerajaan.

Dalam pada itu, ada kerajaan negeri yang prihatin tentang nasib penjawat awam di peringkat negeri dengan memberikan bantuan kewangan setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk Melaka yang sebelum ini dikatakan tidak mampu memberikan ‘bonus raya.’

Adalah agak tidak seimbang kalau kebanyakan penjawat awam di peringkat negeri mendapat RM1,000 tetapi kakitangan kerajaan di peringkat Persekutuan hanya mendapat RM500.

Ini kerana kalau hendak dikira tanggungjawab yang paling sibuk ialah kakitangan peringkat Persekutuan berbanding mereka yang bertugas di negeri-negeri.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) jangan hanya menjadi ‘pak angguk’ tetapi berjuanglah demi hak ahli-ahlinya.

Baru-baru ini, CUEPACS mencadangkan gaji minimum kakitangan kerajaan sebanyak RM2,208 tetapi apabila kerajaan umumkan bantuan kewangan RM500 sahaja, kenapa tidak bersuara?

Mintalah dinaikkan sekali ganda memandangkan harga barang keperluan pun sudah naik mendadak sekarang ini.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Seremban, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya