fbpx

24 Jun 2021, 11:38 am

  TERKINI

UMNO tidak benci Melayu

UTUSAN Malaysia 15 April 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TUDUHAN penulis yang dilontarkan menerusi artikel bertajuk UMNO cakap tak serupa bikin yang disiarkan pada 15 April lalu dalam ruangan Forum Utusan Malaysia boleh dianggap ‘jahil’ dan terlalu berat.

Kenyataan tersebut boleh membawa salah faham selain menimbulkan pergaduhan dalam kalangan rakyat.

Untuk makluman, UMNO hanya ‘memusuhi’ 27 ahli Parlimen yang melompat parti sama ada dari parti itu atau PKR yang akhirnya memilih untuk menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), bukannya bermaksud membenci seluruh bangsa Melayu di dunia ini.

Namun, UMNO tidak pernah memusuhi enam ahli Parlimen Bersatu yang asal. Justeru, kenapa penulis menuduh UMNO bermusuh dengan Melayu?

Penulis perlu memahami secara keseluruhan mesej yang disampaikan oleh Presiden UMNO dan jangan secara membuta tuli menuduh perkara yang tidak pernah disebut oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kekeliruan itu boleh mencetuskan kebencian kepada UMNO, sedangkan parti terbabit tidak pernah memperjuangkan kebencian dalam kalangan masyarakat.

MELAYU JATI MALAYSIA
Kuala Lumpur