Terap norma baharu makmal - Utusan Malaysia

Terap norma baharu makmal

PENGADAPTASIAN norma baharu dalam peraturan makmal dapat membantu menjaga keselamatan pelajar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ANTARA norma baharu bagi mengekang pandemik Covid-19 ialah penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan, elak tempat sesak, sempit dan tertutup serta akhir sekali jangan bersembang secara dekat.

Norma baharu ini diamalkan di semua tempat termasuk makmal penyelidikan di universiti. Pelajar juga tidak terkecuali.

Selain amalan norma baharu, mereka juga harus mematuhi peraturan makmal sedia ada. Peraturan makmal termasuk dilarang makan, minum dan merokok.

Makan dan minum boleh menyebabkan keracunan akibat tersentuh tempat tercemar atau tidak membasuh tangan sehingga bersih selepas melakukan penyelidikan bahan toksik.

Merokok pula boleh menyebabkan asap rokok kekal di ruang udara. Selain mengubah kandungan ruang udara makmal, dikhuatiri bahan kimia dalam asap rokok serta percikan bara boleh bertindak balas dengan bahan mudah terbakar di situ.

Dengan norma baharu, terdapat bahan kimia tambahan dalam makmal yang digunakan ketika proses disinfeksi untuk membasmi kuman.

Pengadaptasian norma baharu dalam peraturan makmal dapat membantu menjaga keselamatan pelajar, seterusnya mencegah penularan Covid-19.

SITI AMIRA OTHMAN
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya