Masih wujud dwistandard dalam sukan - Utusan Malaysia

Masih wujud dwistandard dalam sukan

LEE Zii Jia ketika muncul juara All England, Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAHNIAH kepada anak muda, Lee Zii Jia kerana menjadi juara perlawanan badminton All England 2021 menewaskan pemain nombor dua dunia. Hebat! Seluruh dunia memuji ketangkasan Zii Jia dalam gelanggang.

Seperti biasa, sekiranya menang akan mendapat berbakul-bakul pujian, namun jika kalah tidak kurang juga kutukan dilemparkan. Itulah rakyat Malaysia yang masih lagi mengamalkan sikap berat sebelah.

Sepatutnya apabila seseorang tewas, rakyat Malaysia perlu bersatu memberi kata-kata semangat agar pemain tersebut terus berusaha bagi mencapai kemenangan, namun sebaliknya berlaku.

Atlet yang gagal menaikkan nama negara akan digugurkan dan dipotong elaun. Perkara ini berlanjutan sejak sekian lama. Hal sama berlaku kepada jurulatih. Bila kalah, jurulatih dibuang dan digantikan dengan individu lain.

Sikap sebegini tidak harus terjadi dalam persatuan sukan. Pupuklah semangat tanpa memilih bulu. Semua pemain telah bertarung untuk berjaya dan mustahil mereka bermain hanya untuk kalah. Mereka memerah keringat dan tenaga untuk menjulang nama negara di arena antarabangsa.

Kepada persatuan, berilah bantuan kepada pemain tanpa mengira jenis sukan agar mereka bermain dengan penuh yakin, bertanggungjawab selain kehidupan terjaga dan terbela.

Lihatlah ramai pemain sukan terpinggir apabila jasa tidak diperlukan lagi. Kerajaan perlu membantu selagi mereka hidup biarpun tidak memberi pingat tetapi mereka tetap mewakili negara.

ABDUL AZIZ ALI
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya