Banjir kilat perlu penyelesaian mega - Utusan Malaysia

Banjir kilat perlu penyelesaian mega

SUDAH sampai masanya terowong SMART 2 dibina bagi mengelak Kuala Lumpur terus dilanda banjir kilat. – FACEBOOK JPS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU banjir kilat di Lembah Klang bukan perkara baharu termasuk yang terbaru berlaku pada 10 September lalu.

Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), banjir kilat terbaru dipercayai berpunca daripada mendapan tapak pembinaan dan ketidakmampuan kolam takungan sedia ada menampung air hujan berpanjangan.

Setiap kali berlaku banjir kilat, saya dapati tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah membaiki sistem perparitan di kawasan berkenaan. Ini sedikit sebanyak berjaya mengelak banjir berulang di kawasan itu.

Cuma saya lihat, tiada perancangan jangka panjang yang bersifat menyeluruh untuk memastikan banjir kilat tidak berulang di Lembah Klang.
Susulan kes terbaru, saya akui JPS ada mencadangkan dibina kolam takungan banjir baharu termasuk di bawah tanah.

JPS juga turut mengesahkan Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) telah beroperasi dengan baik bagi mengelak keadaan lebih buruk dengan melencongkan tiga juta meter padu air dari Sungai Klang yang boleh menenggelamkan kawasan seluas 15 hektar di ibu kota ke kolam takungan.

Keupayaan SMART yang kini mampu mengelak banjir di 45 peratus kawasan di Kuala Lumpur memang tidak boleh dipertikai oleh sesiapa. Sebab itu kerajaan Indonesia pernah menyatakan minat untuk membina kemudahan sama di Jakarta.

Di kesempatan ini, saya ingin bertanya status projek mega, SMART 2 di Brickfields yang telah dicadang JPS sejak lama dahulu bagi melencongkan air dari Sungai Gombak sekali gus mengelak banjir di 55 peratus kawasan lain di Kuala Lumpur?

ANGAH
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.