Lanjutan moratorium bersasar tepat - Utusan Malaysia

Lanjutan moratorium bersasar tepat

MORATORIUM perlu diperluaskan sehingga kepada golongan M40 dan T20. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEPUTUSAN kerajaan melanjutkan moratorium dan bantuan bersasar adalah tepat dan dialu-alukan kerana mampu mengurangkan beban kewangan rakyat di samping mengambil kira keadaan mereka yang cuba menstabilkan kehidupan. Moratorium tersebut banyak membantu individu dan perniagaan apabila sehingga 20 Julai lalu, lebih 7.7 juta peminjam individu telah mendapat manfaatnya yang bernilai RM38.3 bilion. Untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), 243,000 peminjam telah menggunakan moratorium bernilai RM20.7 bilion. Secara keseluruhan, nilai moratorium yang telah dimanfaatkan oleh peminjam individu dan PKS berjumlah RM59 bilion.

Jadi, kita dapat lihat moratorium ini sedikit sebanyak berjaya membantu rakyat dalam menghadapi krisis untuk jangka pendek. Ini diikuti bantuan melalui pelan pemulihan ekonomi jangka pendek (Penjana) seperti lanjutan Program Subsidi Upah dan insentif pengambilan pekerja. Namun, masih ada perniagaan dan individu yang belum pulih daripada krisis ekonomi dan masih terbeban. Pada Mei lalu, kadar pengangguran secara keseluruhan meningkat kepada 5.3 peratus berbanding lima peratus pada April, bersamaan kenaikan pengangguran sebanyak 47,300 kepada 826,100 orang.

Dalam usaha untuk cuba pulih daripada krisis ini, bank perlu lebih awal menyediakan penimbal sekiranya terdapat lebih banyak bantuan yang diperlukan pada masa hadapan.
Sebelum ini, Menteri Kewangan menyatakan bank mengalami kerugian RM1.06 bilion setiap bulan sepanjang tempoh moratorium yang akan membawa kepada jumlah kerugian bernilai RM6.4 bilion pada akhir September.

Jadi, kerugian yang dialami bank telah menjelaskan keputusan kerajaan dan pihak bank melanjutkan moratorium hanya kepada golongan sasar selepas September berbanding dengan moratorium secara menyeluruh yang berlangsung dari April hingga September. Justeru, usaha kerajaan untuk menangani moratorium pinjaman tampak positif.

SOFEA AZAHAR
Penganalisis Penyelidik di EMIR Research

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya