SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menekankan semula skim insentif ‘dolar-ke-dolar’ atau ‘ringgit-ke-ringgit’, walaupun dasar ini bukan sesuatu yang baharu. Mekanisme ganjaran antirasuah tersebut diperkenalkan kepada penjawat awam sejak 2011. Skim ini khusus untuk pegawai kerajaan yang menolak serta melaporkan cubaan rasuah dan dijangka dapat menggalakkan tindakan yang lebih tegas terhadap pemberi rasuah dalam usaha memperkukuh agenda pembanterasan rasuah. Menurut sebuah akhbar tempatan, dari 2015 hingga Jun 2025, orang…










