KETIKA landskap politik negara terus berkembang dan perbincangan mengenai pilihan raya semakin mendapat perhatian, persoalan penting perlu diberi perhatian, adakah sistem pilihan raya kita benar-benar boleh diakses oleh semua rakyat, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU)? Dalam keghairahan membincangkan strategi parti, calon dan persaingan politik, isu aksesibiliti pilihan raya sering terpinggir. Sedangkan bagi ribuan pengundi OKU, cabaran utama bukan hanya memilih calon atau parti tetapi memastikan mereka dapat melaksanakan hak mengundi…










