MUKADIMAH Krisis Asia Barat yang terus berlanjutan memberi kesan utama tidak hanya kepada perdagangan, tetapi turut melibatkan peningkatan kos pengeluaran dan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak yang secara langsung menghakis kuasa beli rakyat serta menekan perbelanjaan isi rumah dan firma. Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), PROF. TAN SRI DR. NOOR AZLAN GHAZALI menegaskan risiko lebih besar kemungkinan berlakunya stagflasi, iaitu keadaan ekonomi…










