MALAYSIA kini berada pada persimpangan kritikal yang menuntut keberanian melakukan anjakan paradigma dalam amalan demokrasi. Ketika dunia bergerak pantas dengan model tadbir urus yang semakin sofistikated dan berorientasikan hasil, sayangnya landskap politik domestik masih terperangkap dalam kitaran lama dipenuhi retorik dangkal, perpecahan intra-kaum, ketegangan antara kaum serta pertembungan naratif populis yang mengaburkan fakta dan rasionaliti. Paradoks ini bukan sekadar menggambarkan kelemahan struktur politik tetapi turut mencerminkan krisis budaya demokrasi. Apabila…










