BARU-BARU ini media melaporkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menghalang dua orang wanita warganegara Israel memasuki negara ini di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2). Dua wanita tersebut tiba di KLIA 2 dengan tujuan transit sebelum meneruskan perjalanan ke Manila, Filipina. Mereka dikenakan Notis Penolakan Masuk dan dihantar kembali ke lokasi terakhir pelepasan iaitu di Phuket, Thailand. Dilaporkan juga selain insiden ini, terdapat rakyat Israel lain…










