PENGUMUMAN gencatan senjata dua hala selama dua minggu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran membuka jalan kepada keamanan jangka panjang. Ia kekal sebagai titik perubahan bersejarah, kemuncak kepada fasa strategi tawar-menawar paksaan berisiko tinggi oleh pentadbiran Trump dan juga perubahan pendekatan pragmatik oleh kepimpinan Iran. Walaupun strategi escalate-to-deescalate telah menghasilkan gencatan sementara buat masa ini, risiko akan datang masih luas sekiranya tafsiran terus kabur dan risiko campur tangan pihak luar…










