DALAM landskap geopolitik dunia yang semakin tidak menentu, keberanian untuk mengolah strategi perdagangan bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan. Pertemuan bersejarah antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese baru-baru ini, membuka lembaran baharu yang melangkaui sekadar diplomasi tradisi. Di sebalik pengumuman mengenai bekalan tenaga, tersirat satu strategi ‘simbiosis’ yang bakal memberi impak langsung kepada nadi ekonomi negara iaitu sektor agri-komoditi. SEKURITI…










