MENJELANG musim perayaan Aidilfitri, corak perbelanjaan pengguna berubah dengan ketara. Pusat membeli-belah dipenuhi promosi besar-besaran, platform digital sarat dengan tawaran ‘beli sekarang, bayar kemudian’. Manakala di media sosial meriah memaparkan gaya hidup yang tampak sempurna, bergaya menyambut hari bahagia, hari raya. Ironinya, dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat serta ketidaktentuan ekonomi global, menyebabkan musim perayaan sering menjadi ujian disiplin kewangan isi rumah. Berdasarkan statistik, hutang isi rumah pada Mac…










