Peralihan tenaga merupakan agenda strategik negara. Ia bukan sekadar soal mengurangkan pelepasan karbon, tetapi turut melibatkan daya saing ekonomi, kestabilan perniagaan dan kesejahteraan pengguna. Namun, dasar peralihan tenaga yang sedang dilaksanakan ketika ini menunjukkan tanda-tanda ketidakseimbangan yang semakin ketara — khususnya dari sudut ekonomi, pasaran dan pelaksanaan di lapangan. Walaupun pendekatan yang diperkenalkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dibingkaikan atas keperluan menjaga “integriti dan kestabilan sistem grid”,…










