KONFLIK yang semakin memuncak antara Iran, Amerika Syarikat (AS) dan Israel bukan lagi sekadar perseteruan diplomatik atau perang bayangan melalui proksi. Serangan ketenteraan yang berlaku secara terbuka, disusuli tindak balas peluru berpandu ke atas pangkalan tentera di rantau Teluk, meletakkan dunia dalam keadaan berjaga-jaga. Laluan strategik seperti Selat Hormuz menjadi tumpuan memandangkan nadi utama laluan penghantaran minyak global. Dalam konteks ekonomi dunia yang masih rapuh pasca pandemik dan tekanan inflasi,…










