KEBERKESANAN pengurusan tertinggi kerajaan tidak lagi hanya diukur melalui pencapaian projek pembangunan dan peruntukan bajet semata-mata. Budaya kerja, integriti, ketelusan, serta keupayaan membuat keputusan yang berpandangan jauh kini menjadi penanda aras utama kejayaan perkhidmatan awam. Di sinilah peranan DEEP (Demerit Performance Evaluation) menjadi amat penting, bukan hanya sebagai sistem penilaian prestasi, tetapi sebagai mekanisme strategik yang memastikan setiap kementerian dan jabatan bergerak selaras dengan aspirasi reformasi kerajaan demi kepentingan rakyat.…










