KESEDARAN terhadap pentingnya gagasan permuafakatan dan perpaduan politik Melayu-Islam perlu kembali disemarakkan dalam kalangan pemimpin politik Melayu hari ini. Dalam suasana politik yang semakin rencam dan kompetitif, usaha membina gabungan politik yang kukuh bukan sekadar soal strategi pilihan raya tetapi menyentuh soal maruah, kestabilan serta masa hadapan bangsa dan negara. Permuafakatan yang tulus mampu menjadikan politik Melayu berdiri dengan lebih bermaruah, tidak mudah dipengaruhi tekanan pihak lawan, apatah lagi tunduk…










