MASYARAKAT perlu membezakan secara jelas antara konsep kebebasan beragama dan penyalahgunaan istilah agama dalam wacana awam negara ini. Kebebasan beragama bermaksud setiap individu bebas menganut dan mengamalkan ajaran agamanya tanpa gangguan atau sekatan yang tidak wajar. Namun, kebebasan itu bukanlah lesen untuk menggunakan simbol, istilah atau identiti agama lain secara sewenang-wenangnya sehingga menimbulkan kekeliruan, salah faham dan ketegangan dalam masyarakat. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff…










