EKONOMI Malaysia pada tahun lalu mencatat prestasi yang memberangsangkan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.2 peratus, iaitu lebih tinggi daripada jangkaan awal yang meletakkan sasaran antara 4 hingga 4.8 peratus. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 13 Februari lalu, pencapaian ini menandakan momentum kukuh ekonomi negara walaupun berhadapan dengan persekitaran global yang penuh cabaran. Jumlah nilai KDNK negara pada harga semasa mencecah RM2.02 trilion, manakala pada harga…










