SETIAP kali musim graduasi, kita dengar dua ayat yang bunyinya seperti bercanggah. Industri hotel dan makanan-minuman (F&B) kata “orang tak cukup”, tetapi graduan pula kata “susah nak dapat kerja yang setara”. Kedua kenyataan ini betul kerana masalah utama bukan semata-mata peluang kerja tetapi ketidaksepadanan antara kemahiran yang dibawa graduan dengan yang benar-benar digunakan dalam operasi harian. Statistik rasmi menunjukkan gambaran ini dengan jelas. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan jumlah graduan meningkat…










