PELANCARAN Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan detik penting dalam sejarah pendidikan tinggi negara. RPTM bukan sekadar dokumen dasar atau pelan pembangunan pendidikan tinggi tetapi sebuah manifestasi kesedaran nasional bahawa pendidikan tinggi mesti kembali berpaksikan kemanusiaan, nilai dan makna insan yang mengangkat pendidikan sebagai wahana pembinaan peradaban, bukan hanya sebagai alat penghasilan tenaga kerja. Konsep penting berkait RPTM ialah karamah insaniah iaitu…










