MALAYSIA kini berada di persimpangan penting dalam menentukan hala tuju pendidikan tinggi. Setelah hampir sedekad melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025, negara melangkah ke fasa baharu melalui Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2026–2035. Pelan ini bukan sekadar kesinambungan dasar tetapi peluang menilai semula keberkesanan pendekatan lalu sambil meletakkan asas masa hadapan yang lebih seimbang antara keperluan global dan nilai kemanusiaan tempatan. Dalam dunia yang pantas berubah, universiti tidak…










