SETIAP kali hujan turun tanpa henti dan sungai perlahan-lahan meninggi, fokus kita biasanya tertumpu kepada rumah yang terjejas dan pusat pemindahan sementara. Namun terdapat sebuah cerita lain yang jarang diselak kisahnya tentang ekonomi kecil yang perlahan-lahan terhenti sebelum air sempat mencecah pinggir rumah. Ekonomi kecil inilah yang menjadi nadi kehidupan ramai keluarga tetapi apabila langit mendung terlalu lama, denyut nadi itu mula perlahan. Peniaga pasar malam menutup awal, pembekal menyimpan…










