DALAM dunia politik yang makin hiruk-pikuk, kedudukan dan pengaruh sering kali menjadi lumrah perebutan. Namun, di tengah semua keghairahan itu, ada satu perkara yang tidak boleh sesekali dijadikan bahan mainan iaitu sensitiviti rakyat. Bukan sahaja sensitif pada soal agama, tetapi juga pada kaum, adat, budaya dan kepercayaan setiap kelompok masyarakat di tanah air ini. Malaysia ini dibangunkan bukan oleh satu bangsa, satu kelompok atau satu fahaman, tetapi oleh sebuah keluarga…










