Tatkala kita dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial, disiplin dan jenayah membabitkan pelajar sekolah, jangan kita lupakan beberapa perkembangan positif yang berlaku dan bakal mewarnai sistem pendidikan negara. Sementara kita menantikan inisiatif pembangunan karakter murid serta usaha menangani masalah sosial mula berkesan, beberapa pengumuman kerajaan yang menzahirkan iltizam untuk memartabatkan sistem pendidikan negara diyakini mampu mencetuskan sinar harapan yang besar. Antara inisiatif penting kerajaan yang perlu diberi perhatian wajar adalah kelulusan…










