KETIKA Malaysia melangkah ke era Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2025-2035, cabarannya bukan sekadar menambah bilangan universiti atau pelajar antarabangsa tetapi menegakkan kembali maruah bangsa melalui tamadun ilmu yang berteraskan kualiti, integriti dan akauntabiliti. Malaysia juga menyasarkan 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025, membuktikan potensinya sebagai hab pendidikan serantau. Namun, kejayaan sebenar tidak diukur pada angka, tetapi pada kemampuan universiti melahirkan graduan berilmu, berakhlak, berjiwa patriotik serta berupaya memberi manfaat kepada manusia.…