SETIBANYA kita di hujung bulan September menandakan semakin hampir tiba masa kemasukan baharu ke universiti-universiti seluruh negara. Pastinya ramai yang teruja dan sibuk membuat pelbagai persiapan, apatah lagi jika universiti yang dituju itu jauh dari kampung halaman. Tidak dapat dinafikan, pasti ada para pelajar yang merasa kecewa kerana tidak dapat menyambung pelajaran ke universiti pilihan pertama mereka, ataupun tidak ditawarkan tempat mengikuti kursus idaman mereka. Sememangnya kita semua mempunyai impian,…