ISU buli di sekolah bukanlah perkara baharu, namun kebelakangan ini ia semakin mendapat perhatian serius selepas beberapa insiden tular yang menggoncang emosi masyarakat. Menjelang 31 Ogos, tragedi buli yang didakwa meragut nyawa Zara Qairina menjadi peringatan bahawa kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi juga merdeka daripada budaya negatif yang mengekang jati diri generasi muda dan bebas daripada ketakutan dan kezaliman sesama sendiri. Buli adalah belenggu moden yang…