CADANGAN menggunakan perkataan bahasa Melayu sebagai nama bagi bunga Rafflesia di Malaysia bukan sahaja menyemarakkan jati diri kebangsaan, malah selaras dengan seruan pemerintah agar sejarah tanah air dilihat melalui kanta watan dan bukan sekadar kerangka penjajah Walau bagaimanapun, setakat ini cadangan itu lebih banyak ditentang daripada disokong. Bagi mereka di Borneo, nama Rafflesia bukan sahaja sudah lama mantap penggunaannya malah ia merupakan nama saintifik yang didakwa tidak boleh lagi diubah.…