DAHULU, laut menjadi cermin langit bagi pelaut Melayu, Bugis, Bajau dan Jawa. Dari perahu kecil hingga jong perkasa, nenek moyang kita menakluki gelombang, mengusung harum rempah dan nama tanah air merentasi benua. Di zaman kegemilangan Melaka, lebih 80 peratus perdagangan rempah dunia melalui Selat Melaka, di bawah layar dan keberanian bangsa kita. Kini, selat yang sama dilalui lebih 100,000 kapal setiap tahun, membawa sepertiga perdagangan global. Sementara kita terlena di…