Sabah kuasa kabur tanpa penglihatan sebenar

Sabah kuasa kabur tanpa penglihatan sebenar

GERAKAN akar umbi seperti Borneo Komrad, tuntutan hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kesedaran dalam kalangan anak muda merupakan isyarat jelas rakyat Sabah menuntut perwakilan yang lebih adil, autonomi bermakna dan sistem lebih telus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“KEHADIRAN kua­sa bukan semestinya kestabilan. Ketika rakyat mengambil alih suara sistem harus bersedia mendengar”.

Sabah, sebahagian daripada persekutuan Malaysia, sering disebut sebagai Negeri di Bawah Bayu tetapi dalam pandangan politik nasional ia dilihat sebagai ‘negeri dalam bayang-bayang’ yang sering diabaikan tetapi dalam sejarah politik yang rumit, kompleks dan dinamik.

Pada era British North Borneo Herald sehinggalah Malaysia moden, Sabah sentiasa dalam ‘tarik tali kuasa’ dengan kerajaan pusat, golongan elit tempatan mahupun dari asas politik.

Makalah ini melihat manifestasi unsur-unsur anarki moden dalam konteks politik Sabah bukanlah maksud dalam kekacauan tanpa undang-undang tetapi dalam kerapuhan kuasa politik, krisis kepercayaan terhadap institusi dan kebangkitan kuasa rakyat di luar sistem secara rasmi.

Sejarah Sabah (Borneo Utara) juga menunjukkan bagaimana anarki sebagai satu bentuk kuasa muncul sejak abad ke-19. Kejadian ini berlaku semasa penyerahan daripada Kesultanan Brunei dan Sulu kepada Maharajah Overbeck (1877-1878) kemudian kepada British North Borneo Company (1881-1946) yang berlaku di Sabah.

Melihat keadaan pada waktu kedatangan kuasa Barat berlaku ketidaktentuan struktur kuasa tradisional (Kesultanan Brunei dan Sulu). Pun begitu, kedatangan kolonial tidak semuanya diterima oleh masyarakat pribumi. Antara beberapa kawasan yang berlaku di kawasan pantai barat Mengkabong, Papar, Kawang, Kinarut, Menggatal, Inanam, Gantisan, Sepanggar Tempasuk, Kinabatangan, Lahad Datu Sandakan, Beluran, Jambongan, Kaniogan, Pitas, Ranau, Tenom dan Tambunan.

Antara berapa pemimpin menentang kepada British North Borneo Company, Mat Salleh, Antanom, Brayong, Si Gunting dan Pengiran Samah.

SITUASI POLITIK SABAH

Setelah terbentuknya Malaysia pada 1963, Sabah mengalami pelbagai babak episod politik yang tidak stabil. Ia boleh digambarkan sebagai unsur ‘struktur anarki’ dalam konteks negara moden.

Sebagai contoh, kejatuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (1967- 1996), Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) (1975-1991) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2020.

Selepas itu, berlaku kejadian ‘ politik lompat’ (lompat katak) yang masih berleluasa seperti pada 2018 hingga 2020. Perkara ini menunjukkan kerapuhan sistem parti sehinggalah ketiadaan kawalan terhadap mandat rakyat.

Kejadian ini menampakkan berlaku campur tangan kerajaan pusat dalam urusan dalaman negeri yang kadang-kadang menimbulkan ketegangan autonomi.

Hal ini menunjukkan Sabah berada dalam kerangka persekutuan apabila struktur institusi kuasanya sering kali tidak stabil dan bergolak. Pekara ini dijelaskan dalam artikel Antara Anarki & Demokrasi, oleh Cornelis Lay.

 

KUASA RAKYAT: GERAKAN ANARKI DARI BAWAH?

Kesedaran politik dalam kalangan rakyat Sabah, khususnya generasi muda, menunjukkan kewujudan semangat anarkisme demokratik — antaranya melalui tuntutan aktivis seperti Irwan Idris yang mengetengahkan hak-hak Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pendidikan tanpa bantuan kerajaan serta perkara berkaitan pelantikan Yang di-Pertuan Agong.

Penolakan terhadap kuasa turut berlaku atas dasar perjuangan autonomi, seperti reaksi golongan muda terhadap pelantikan Tun Musa Aman, yang tidak mendapat sokongan meluas mereka.

Bukan itu sahaja, isu royalti minyak dan sumber alam semula jadi masih dipersoalkan sehingga hari ini.

Akhirnya, gerakan pendidikan akar umbi di Semporna yang diasaskan Mukmin Nantang melalui Borneo Komrad menunjukkan keupayaan beroperasi secara mandiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

Perkara ini dijelaskan oleh Cornelis Ley dalam antara Anarki & Demokrasi (2000) bahawa berlaku penentangan birokrasi moden.

ANARKI DAN REFORMASI POLITIK

Adakah Sabah sedang mengalami krisis atau disisih dalam bacaan politik anarki bukan semestinya ancaman tetapi petanda kepada keperluan pembaharuan struktur kuasa.

Sabah merupakan negeri paling banyak menyumbang kepada hasil negara terutama dalam minyak dan gas. Meskipun keadaan masih huru-hara dari segi infrastruktur asas dan jurang politik yang tidak berfungsi, hakikatnya mereka sedang menuntut satu bentuk perwakilan yang lebih adil dan tegas.

ANARKI SEBAGAI CERMIN SABAH

Sabah tidak berada dalam keadaan anarki sepenuhnya, namun memperlihatkan unsur-unsur anarki moden yang wujud dalam bentuk struktur tidak menentu, kesedaran kebangkitan rakyat, serta peralihan kuasa yang tidak stabil.

Sebagaimana dalam sejarah, ketidakhadiran autoriti yang ‘tidak padat’ boleh membawa kepada model pemerintahan baharu kalau dirancang dengan telus, adil, jujur dan melibatkan suara rakyat.

Sabah pernah berdiri tanpa pusat kuasa mutlak, namun tidak pernah nilai dan perjuangan rakyat. Mungkin waktunya kita mendengar semula suara dari bawah bukan hanya dari atas.-UTUSAN

 

DR. Yusry Sulaiman ialah Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN