RANCANGAN Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangka dasar pembangunan Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang, dari 2026 hingga 2030. RMK13 merupakan pelan terakhir dalam kerangka untuk melonjak Malaysia sebagai status negara maju berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan. Dalam ekonomi global yang semakin kompetitif dan cabaran domestik seperti ketidaksamarataan pendapatan, perubahan iklim, gangguan rantaian bekalan dan tekanan geopolitik serantau, RMK13 perlu…