DALAM tempoh kurang enam bulan, Malaysia bakal menyaksikan pelaksanaan pindaan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Pindaan ini adalah selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602], yang antara lain bertujuan menyelaraskan definisi belia negara dengan piawaian antarabangsa. Pindaan ini akan memberikan kesan kepada 8,272 pertubuhan belia berdaftar di seluruh negara. Menurut Kementerian Belia dan Sukan…